Asalamualaikum..selamat sejahtera....hari ini 17 /7/17 tarikh aku mula menulis...
cemburu juga tengok ramai orang menulis simpan kenangan peribadi dalam talian...harap aku boleh teruskan juga....sebenarnya dah lama merancang sejak beberapa tahun lalu tetapi ada saja kemalasan maklumlah...perkara buat ala kadar..jadi banyak cuainya...
Aku rancang nak menulis pengembaraan aku ke pelbagai tempat di Malaysia dan serata dunia kalau dapat...
tahun ini dua tempat aku pergi nun jauh di tanah Jajahan China pada mei dan akhir ramadhan lalu..kemungkinan ada kesempatan nak buat perjalanan ke sana lagi awal september....
Pengalaman menarik ...rezeki dan kesempatan..terima kasih pada sahabat dan banyak membantu merealisasikan perjalanan ini Azlan Ahmad....Insya Allah...ada rezeki kita ke Korea pula lepas ini...
Tahun lepas cipta perjalanan pada hari raya kedua dari Melaka ke Hatyai dalam masa 3 hari atas jalan raya...Gila betul perjalanan pada perayaan hari raya...jalan sesak sepanjang lebuhraya dan jalan biasa...dah di lengkapi dengan pakej kereta kebocoran minyak hitam sepanjang perjalanan nak singgah jumpa keluarga aku di Kedah pun tak kesampaian kerana hari tidak tenteram...baget cukup2 untuk belanja...akhirnya buat keputusan teruskan menjelajah jalan raya dari Hatyai balik semula ke Melaka...(2 jam sahaja berada di Hatyai lepas itu terus pulang ke sempadan semula)
tak mengapa itu semua kisah perjalanan yang sudah terlampau lama....aku nak berkongsi cerita perjalanan aku beberapa bulan lepas ke China untuk episod permulaan ini...